6 Tempat Makan Restoran BEST di Kundasang Sedap & Halal


Kundasang merupakan salah satu Pekan di dalam daerah Ranau. Pemandangan nya sangat menakjubkan di kelilingi Banjaran Gunung Croker dan mempunyai suhu yang rendah yang boleh mencapai 18 dari ah celcius. Saya sarankan anda membawa baju tebal bila sampai ke Kundasang kerana cuaca boleh menjadi sejuk. Menarik bukan? Seolah olah anda berada di luar negara.

Kundasang juga merupakan kawasan penanaman Tanaman Hawa Sederhana yang subur contohnya Tanaman Kubis yang menjadi Tanaman utama Orang Kampung dan anda akan melihat deretan Gerai jual Sayur dan Buah di Pekan Kundasang.

Selain itu tarikan utama Kundasang juga adalah Gunung Kinabalu menjadi pilihan utama Pendakian di seluruh dunia. Maka tidak menghairankan Kundasang merupakan destinasi Pelancong Tempatan mahupun Luar Negara.

Bagi merakam memori indah di Pekan Kundasang, pastikan anda ambil gambar waktu sebelum jam 8.30 pagi, sebab kejadian kabus akan melitupi pemandangan sekitar Gunung Kinabalu dan Lembah sekitarnya. Gambar persekitaran Gunung akan menjadi cantik jika anda ambik gambar di awal pagi dan gambar anda sesuai dikongsi dan di abadikan di laman sosial samaada Facebook ,Instagram dan sebagainya.

Apabila berjalan jalan sekitar kundasang ,tentu lapar kan? tapi tak kan becuti ke kundasang nak cari Restoran KFC sahaja. Jika anda mencari restoran selain Restoran KFC, sebagai Orang Muslim,kita perlu menitik beratkan kebersihan dan status Halal sesebuah Restoran dan tempat makan tesebut. Oleh itu saya senaraikan Restoran dan Tempat Makan yang Halal di Kundasang,untuk panduan anda sebagai Orang Muslim.

1. Restoran Syah Adilah

Jika anda ingin mencari menu ala ala cina tapi halal ,Ia terletak di jalan utama Kundasang dan kira-kira 10 minit pemanduan dari Pekan Kundasang. Restoran Masakan Cina Muslim ini menghidangkan banyak makanan tempatan yang sedap termasuk Makanan Laut. Sahabat saya pun memberi cadangan restoran ini dan mereka berpuas hati dengan Perkhidmatan dan layanan yang di beri. Harga pun bajet,dalam sekitar rm6 sehingga rm7 (harga semasa tahun 2020)

Alamat: Jalan Kota Belud – Ranau, 89300 Ranau

Masa : 8.00 pagi – 7. 00 Malam

Di sini saya ada kongsikan pengalaman makan di restoran berdasarkan Review Google .

Roslan – februari 2020

A nice restaurant to dine with family and friends. The dishes are tasty and at reasonable price. It also provides grilled seafood if you wish. Friendly service.

Restoran yang bagus untuk makan bersama keluarga dan rakan-rakan. Hidangannya sedap dan dengan harga yang berpatutan. Ia juga menyediakan makanan laut panggang jika anda mahu. Perkhidmatan dan layanan yang mesra.

Khairul Fitri-Januari 2019

Good Chinese Muslim food. Abit pricey but to be expected as they are located on the highlands. You will be spoilt for choice, the menu spread is something the place should be proud of. Easy to be reached just by the main road heading to Kundasang. Highly recommended!

Makanan Muslim Cina yang baik. Saya tidak jangka harganya murah sebab ia terletak di dataran tinggi. Anda akan dimanjakan dengan pilihan, pelbagai menu adalah sesuatu yang patut dibanggakan. Mudah dicapai hanya dengan jalan utama menuju ke Kundasang. Amat disyorkan! 👍

Ahmad Haa – Februari 2020

Syah adilah was great restaurant and delicious food place….. For who are in vacation… It good to you for dinner and eating in that restaurant… I give 5 star

Syah adilah adalah restoran yang hebat dan tempat makanan yang enak. Bagi yang bercuti, bagus untuk anda makan malam dan makan di Restoran itu… Saya beri 5 Bintang.

2.Restoran Jamek Kundasang

Restoran Jamek Kundasang di buka pada pertengahan tahun 2019. Restoran ini memudahkan Orang Muslim terus singgah makan selepas solat.

Jika dahulu kami ke Kundasang, tak banyak pilihan kedai makanan yang sesuai untuk di makan yang sedap dan halal . Saya cadangkan jangan cuba berhenti di gerai sinalau bakas sebab perkataan “bakas” adalah binatang “khinzir” manakala “sinalau” pula ialah “panggang”. Maka anda kena berhati hati dan rajinlah bertanya terutamanya status makanan halal ataupun tidak halal.

Menu Restoran Masjid Jamek yang paling sedap ialah nasi goreng tomyam 😋 sedap nya secukup rasa, ada rasa pedas dan ada rasa masam, di tambah pula dengan sup panas yang beraroma pasti membangkitkan selera anda.

Restoran Masjid Jamek Kundasang dibuka dari 7 Pagi sehingga jam 9 Malam. Restoran ni mula beroperasi pada tahun lepas pada tahun 2019.
Maklum balas pelanggan terhadap restoran masjid jamek

Fara Ghazali-november 2019

Good halal food. Does catering too. Call them for booking and group price. Awesome view and f Kinabalu. Convenient place to pray and dine.

Makanan halal yang baik. Hubungi mereka untuk tempahan Katering dan harga kumpulan. Pemandangan Gunung Kinabalu yang menakjubkan. Tempat yang sesuai untuk bersolat dan makan.

Muqsit Affandi- JUn 2019

There’s a different feeling when eating at a restaurant/cafe in the masjid. The food is delicious, and price is very cheap. Recommended for all to try.

Terdapat perasaan yang berbeza ketika makan di restoran / kafe di masjid. Makanannya sedap, dan harganya sangat murah. Disyorkan untuk dicuba semua.

Sim Mary- Januari 2020

Place so clean, Nice delicious Muslim food, price also reasonable, good service, friendly waitress ,will introduce friends to go there..👍

Tempatnya sangat bersih, Makanan Muslim yang enak, harga juga berpatutan, layanan yang baik, pelayan yang ramah, Saya akan memperkenalkan kepada rakan-rakan untuk pergi ke sana.

3. Restoran Puteri Nabalu

jika anda teringin merasa makanan orang sabah,restoran Puteri Nabalu jawapan nya. Kerana itulah Puteri Nabalu sesuai untuk anda yang mahu mencuba rasa baru ini. Puteri Nabalu menghidangkan masakan masyarakat Dusun/Kadazan. Antaranya ialah Pinarasakan Sada Takob-Takob, Sup Manuk Om Sokok, Hinava Sada dan banyak lagi. Mungkin namanya agak asing bagi rakyat semenanjung. Jadi, mesrakan diri untuk bertanya kepada pelayan.

Anda mungkin tertarik dengan Naig Totidong yang bermaksud Nasi Beras Bukit. Ia adalah nasi dari beras merah yang dibungkus dengan daun tarap. sejarah asal usul makanan Nag Totidong adalah sebagai makanan petani untuk ke sawah di bungkus dengan daun tarap untuk alas perut. sehingga sekarang ianya masih kekal dan di jual di gerai dan restoran. Unik dan cubalah ,makanan ni seperti masakan orang kampung juga. cuma nama sahaja yang berlainan dengan nama makanan di semenanjung

Alamat: 51, AH150, Pekan Kundasang, 89308 Kundasang

di sini saya ada kongsikan pengalaman makan di restoran berdasarkan review google . Ternyata ramai yang memberi kenyataan yang baik dan berpuas hati dengan layanan dan makanan yang di sediakan.

Waktu Operasi: Setiap hari (7am – 11pm)

Antara komen komen pelanggan datang ke restoran puteri nabalu

Hamizah zack- Jun 2019

Delicious food with affordable price. Nice view & has outdoor food area. Spacious area & parking lot. Bus can park here. Suit if u bring a large number of people or handling an event. Toilet clean. Friendly staff. Also selling cake but I haven’t try it

Nak cari tempat makan yang halal dan sedap di kawasan Kundasang ni tak lah susah sangat, lagipun daearah kundasang rata rata majoriti muslim tapi ada juga restoran atau tempat makan non halal. jadi anda kena rajin bertanya dengan penduduk sekitar kundasang.

Local Guide – Julai 2019
Delicious food with affordable price. Nice view & has outdoor food area. Spacious area & parking lot. Bus can park here. Suit if u bring a large number of people or handling an event. Toilet clean. Friendly staff. Also selling cake but I haven’t try it

Makanan sedap dengan harga berpatutan. Pemandangannya bagus & mempunyai kawasan makanan luaran. Kawasan & tempat letak kenderaan yang luas. Bas boleh meletak kenderaan di sini. Sesuai jika anda membawa sebilangan besar orang atau mengendalikan acara. Tandas bersih. Kakitangan yang ramah. Restoran ini Juga menjual kek tetapi saya belum mencubanya

Fong Dongmei- Februari 2020
Good service and very systematic.. I’ve ordered my food and it served late due to many customers, but they came to me and apologized.. the best experience and very friendly staff, good service and excellent staff

layanan yang baik dan sangat sistematik .. Saya telah memesan makanan saya dan makanannya lewat kerana banyak pelanggan, tetapi mereka datang kepada saya dan meminta maaf .. pengalaman terbaik dan kakitangan yang sangat ramah, layanan yang baik dan kakitangan yang sangat baik

Giovanni Gerard-februari 2019


Affordable and classy restaurant with magnificent views in Kundasang town.Food is tasty and the staff are friendly. Can also buy some local food souvenirs from here

Restoran yang berpatutan dan berkelas dengan pemandangan indah di bandar Kundasang. Makanannya enak dan kakitangannya ramah. Boleh juga membeli beberapa cenderahati makanan tempatan dari sini

Yanaa Yanaa-februari 2020
The view from the terrace is magnificent. You must try their cheese cake. Its very delicious. Come twice for their cheese cake. Very worth it. Other than cheese cake, i tried their dinner menu but for me, the taste is acceptable but pricey. As conclusion, try their cheese cake but not the other menu.

Pemandangan dari teres sangat indah. Anda mesti mencuba kek keju mereka. Ia sangat sedap. Datang dua kali untuk kek keju mereka. Sangat berbaloi. Selain kek keju, saya mencuba menu makan malam mereka tetapi bagi saya, rasanya boleh diterima tetapi mahal. Sebagai kesimpulan, cubalah kek keju mereka tetapi bukan menu lain.

4.Restoran Hidayah & Catering

Ia terletak betul-betul di hadapan dataran di mana ramai orang berhenti untuk mengambil gambar Gunung Kinabalu. Ini menjadikan ia lokasi yang menarik tanpa sengaja. Apa yang menarik di sini adalah anda boleh membeli sayur-sayuran di Pekan Kundasang dan minta tukang masak di restoran ini untuk memasaknya. Jika tidak, pesan sahaja makanan sepertimana biasanya di mana-mana restoran. selain itu menu utama yang di sediakan ialah:

👉 nasi lemak utk sarapan pagi
👉 nasi kukus ayam berempah
👉Mee kari

Berhadapan Hidayah Restaurant & Catering ada gerai barbeku kepak ayam madu. Selain kepak, mereka turut menjual Satay Buntut iaitu bahagian punggung ayam yang sebenarnya merupakan kegemaran rakyat Sabah anda boleh la beli sementara makanan yang di pesan akan siap.

Alamat: Jalan Mohimboyon Kibas, 89308 Kundasang

Waktu Operasi: Setiap hari (6.30am – 9pm)

di sini saya ada kongsikan pengalaman makan di restoran berdasarkan review google . Ternyata ramai yang memberi kenyataan yang baik dan berpuas hati dengan layanan dan makanan yang di sediakan.

Baba Hadil- Januari 2020

Nice location reasonable & cheap food.

Lokasi bagus makanan berpatutan & murah.

Sham Osman- tahun 2017
A place to have foods with excellent view of the mountain

Tempat untuk menikmati makanan dengan pemandangan Gunung yang sangat baik.

Saidatul Nadra-November 2019

Popular place to eat in kundasang and must order honey chicken wing from nearby stall. Delicious enough .

Tempat makan yang popular di kundasang dan saya mesti memesan Sayap Ayam Madu dari gerai berhampiran. Rasa nya cukup sedap dengan kuah cecah sos pedas dan masam

Mas Light-tahun 2018

Ayam penyet is tasty. 👍Back again and had the nasi goreng kampung RM5, it’s good, u can order chicken wings RM2 per wings but wish it tasted better. You also can snap nice mountain view from this restaurant. Wish they clean the place a bit better.

Penyet Ayam memang sedap. 👍Anda pasti Kembali lagi dan dapatkan nasi goreng kampung RM5, bagus, anda boleh memesan kepak ayam RM2 per sayap tetapi berharap rasanya lebih enak. Anda juga dapat menikmati pemandangan gunung yang indah dari restoran ini. Semoga mereka membersihkan tempat itu sedikit lebih baik.

5. Intan Restaurant & Café

Inilah satu-satunya Restoran yang saya jumpa waktu trip pertama beberapa tahun dahulu. Teringat waktu tu, perut tengah lapar dan dapat makan nasi beras bukit dengan sup panas. Makanan yang sedap sehingga berpeluh.anda kena bersabar waktu menunggu makanan. Ianya tidak sesuai bagi mereka yang ingin kejar masa.

Restoran ini terletak bersebelahan dengan Restoran Hidayah & Catering iaitu di hadapan dataran di mana orang ramai mengambil gambar Gunung Kinabalu. Nasi panas dengan sup panas amat sesuai untuk menghangatkan badan yang sejuk.

Alamat: 89308 Kundasang

Waktu Operasi: Dibuka 24 jam, setiap hari

di sini saya ada kongsikan pengalaman makan di restoran berdasarkan review google . Hanya ada dua komen sahaja yang positif dari pelanggan

Yen nguyen – tahun 2018

Nice location to observe mountain. Quite good service & price.
Thanks for help us to call our host when we just arrived Kundasang in the rain.

Lokasi yang bagus untuk memerhatikan gunung. Perkhidmatan & harga yang cukup baik.
Terima kasih kerana membantu kami menghubungi hos kami ketika kami tiba di Kundasang dalam keadaan hujan.

Diana Demiyah-tahun- Tahun 2019

Food is so delicious . Kundasang is so popular with its vegetable fields. Alas, only some chopped chinese celery leaves were in the soto daging. Not much vegetables in any of the fried rice ordered as well. Service is slow. So not recommended if you are in a rush. Even calling for waiter assistant also took some time.

Makanan sangat sedap. Kundasang sangat terkenal dengan ladang sayurnya. Sayangnya, hanya beberapa daun saderi cincang yang ada di daging soto. Tidak banyak sayur-sayuran dalam nasi goreng yang dipesan juga. Perkhidmatannya perlahan. Oleh itu, tidak digalakkan jika anda terburu-buru. Malah memanggil pembantu pelayan juga memerlukan sedikit masa.

6. Restoran Selera Kebun

Restoran Selera Kebun Soborong menyediakan masakan Cina dan kampung. Antara hidangan istimewa mereka adalah kepak panggang dan soto. Anda juga mungkin mahu mencuba masakan Dusun seperti ‘Linopot Ayam Penyet’dan masakan tempatan Sabah yang lain seperti Nasi Ayam Mbak Likas, Nasi Ayam Sembulan dan Nasik Katok. Harga makanan di sini bermula pada RM3.50, harga yang amat berpatutan!

Menu baru akan di tambah, iaitu Gabungan@Fussion Cita rasa Sabah + Semenanjung.

“Nasi Kukus Kampong Pertama Di Sabah”

*Ayam Goreng Berempah Kelapa
*Ayam Berempah Penyet Kelapa
*Ayam Salai Masak Lemak Chili Api
*Daging Salai Tumis Lada Putih
*Ikan Goreng Baulu Tanpa Tulang
*Udang Masak Sambal

Harga Murah dan semestinya berbaloi!!

Alamat: Kg. Cinta Mata, Kundasang, Ranau

Waktu Operasi: Setiap hari (7am – 9pm)

di sini saya ada kongsikan pengalaman makan di restoran berdasarkan review google .

Anony Mous-Februari 2020

A very welcome surprise to stumble upon this gem on the way up to sosodikon hill. Friendly welcome from a waitress with great English who was very helpful. Food was delicious on fantastic value. Would highly reccomend!

Kejutan yang sangat dialu-alukan dibukit sosodikon. Sambutan mesra dari seorang pelayan dengan bahasa Inggeris yang hebat yang sangat membantu. Makanannya enak dengan nilai hebat. Sangat mengesyorkan!

Shashie Krishnan- November 2019
Local good food. Quality and cleanliness is good. Would highly recommend this place as a must if you are in Kundasang

Makanan sedap tempatan. Kualiti dan kebersihannya bagus. Sangat mengesyorkan tempat ini sebagai suatu keharusan jika anda berada di Kundasang

Hwu Ning- Jun 2019
At first we were doubting the place as when we got there, there were no other customers but us. But surprisingly, it was an amazing find for local kampung food because of how fresh the food tasted. It was just flavorful.
Pada mulanya kami meragukan tempat itu kerana ketika kami sampai di sana, tidak ada pelanggan lain melainkan kami. Tetapi mengejutkan, itu adalah penemuan yang luar biasa untuk makanan kampung tempatan kerana betapa segarnya rasa makanan itu. Cukup sedap.

Ak Mohd Shukri Awangku Suboh-Jun 2019

U should try the linopot (Rice wrap in leaves). It’s a Native food. Don’t forget the Payau or chicken😋😋😋.

Anda mesti mencuba linopot ( Beras bungkus dalam daun) iaitu makanan Asli. Jangan lupa Payau@Rusa Panggang atau ayam😋😋

Jika ada tempat makan atau restoran murah,sedap dan halal di Kundasang boleh beritahu kat admin, ok.. Terima kasih

Asnan Hamdin

Seorang yang suka menulis berkaitan Sabah dan original Sabahan, tentunya. Di blog ini, penulisan beliau fokus pada tempat menarik di Sabah agar dapat memperkenalkan Sabah kepada non-Sabahan. Boleh hubungi di asnan86@gmail.com

Recent Posts