5 sejarah misteri gunung kinabalu yang wajib kita tahu.


Apa sejarah misteri berkenaan gunung kinabalu ni?  Kita semua pasti terdengar gunung kinabalu ini di sinonimkan dengan aktivti pendakian ,tapi korang tahu ker cerita di sebalik gunung kinabalu. semua orang tahu gunung Kinabalu ini adalah puncak tertinggi di Banjaran Crocker Borneo dan merupakan gunung tertinggi di di Nusanatara kepulauan Melayu serta gunung tertinggi di Malaysia.

Ketinggian Gunung Kinabalu adalah 4,095 meter (13,435 kaki) di atas paras laut, iaitu kira-kira 6 meter (20 kaki) kurang daripada yang difikirkan sebelum ini dan angka yang diterbitkan sehingga 4,101 meter (13,455 kaki). Gunung Kinabalu telah diberikan status Warisan Dunia UNESCO

Jom kita selidik apa yang cerita sejarah yang misteri sangat ni.

  1. Gunung Kinabalu ada salji tak? 

Ramai yang tidak mengetahui bahawa Gunung Kinabalu pernah diliputi salji pada tahun 1993, iaitu 26 tahun yang lalu. Iya memang ada salji pada masa itu. Jika di tanyakan penduduk sekitar kundasang ,mungkin telah melupakan tentang salji yang pernah menyelubungi gunung kinabalu. Jika di bayangkan ada salji kat gunung kinabalu, memang keadaan akan mirip seperti di gunung Everest.

Penduduk tempatan juga mungkin telah melupakan tentang salji yang menyelubungi Gunung Kinabalu.Tetapi masih ada penduduk tempatan yang masih mengingati peristiwa ini. Sejarah ini disegarkan kembali untuk mengingatkan masyarakat khususnya para pelancong dari dalam ataupun luar negara tentang salji yang pernah meliputi Gunung Kinabalu 26 tahun yang lalu.

Renjer Taman-Taman Sabah Palimin Jasli, 46 tahun, pernah dipaparkan di akhbar New Sabah Times pada 20 Jun 1993 tentang kejadian gunung yang diselubungi ataupun diliputi salji dan mengejutkan orang ramai terutamanya penduduk tempatan.

Palimin menceritakan pengalamannya ketika beliau mendaki gunung bersama 10 kakitangan KOKTAS pada 15 jun 1993. Sebelum Palimin serta rakan-rakannya serta pendaki-pendaki memulakan pendakian, cuaca pada ketika itu sangat sejuk berbanding hari sebelumnya, ketika perjalanan mereka ke Laban Rata keadaan cuaca semakin sejuk dan ianya berbeza daripada hari yang lain.

Mereka terpaksa menundakan perjalanan ke puncak sehingga hujan menjadi reda dekat Laban Rata. Mereka meneruskan perjalanan pada jam lima pagi pada hari tersebut.

Pada ketika itu, permukaan jalan ke puncak sangat licin untuk pendakian kepada pendaki dan harus mengambil langkah berjaga-jaga.

Apabila kebanyakan pendaki tiba di puncak gunung, kebanyakan daripada mereka terkejut kerana keseluruhan bahagian puncak itu telah dipenuhi salji dan menjadikan suasana yang berlaku pada ketika itu menjadi amat luar biasa.

Palimin, pada masa itu  berumur 24 tahun menjadi saksi kejadian yang luar biasa di puncak Gunung Kinabalu itu bersama-sama dengan rakan-rakannya serta pendaki-pendaki yang ada pada masa itu kerana salji tersebut merupakan salji seperti ianya berserbuk dan bukan membeku seperti ais. kejadian ais sering berlaku di gunung dan ais akan bertakung di dalam takungan lopak.

Makna nya mitos tentang kinabalu ada salji ni amat jarang jarang di temui di Gunung Knabalu dan belum ada kajian ilmiah di buat mengenainya.. kalau betul pun, dalam seratus tahun atau 200 tahun, hanya sekali la dapat merasai salji..

  1. Betul ker Gunung Kinabalu adalah Gunung berapi? 

Gunung kinabalu ni kalau nak tahu sebenarnya bukan lah gunung berapi sepertimana yang viral dekat laman sosial tu, gunung kinabalu merupakan gunung batuan granit yang masih muda, maksudnya batu granit ni ada lagi yang jauh lagi tua jika di bandingkan dengan Gunung kinabalu dan batu granit antara yang termuda iaitu berusia kira kira tujuh juta tahun. Gunung kinabalu ni terbentuk apabila magma di dalam perut bumi membeku sebelum sempat meletus sebagai lahar gunung berapi. Jadi,jangan risau gunung kinabalu tdak akan meletus .

Tetapi dekat daerah tawau ada gunung berapi tidak aktif,eh betul ker?kat mana daerah tawau ni pula? Daerah tawau ni  lokasi nya di pantai timur sabah dan dikatakan ada gunung berapi yang tidak aktif,gunung ini namakan Gunung Maria dengan ketinggian 1067 meter dari aras laut dan berusia 12,000 tahun. Kenapa pula daerah tawau n ada gunung berapi,sebab nya negara jiran kita mempunyai gugusan gunung berapi dari rantau Sulu Filipina.

Terdapat banyak gunung dan bukit kecil dalam gugusan gunung berapi di tawau termasuklah bukit Gemok. Bukit Gemok umumnya adalah sebuah bukit curam di samping beberapa dataran landai. Puncak bukit ini berada di paras 396M dari aras laut.

Selin itu di daerah semporna juga dikatakan ada gunung berapi tidak aktif seperti Gunung Pock dan Gunung Corner. Pulau Boheydulong dan pulau Tetagan dekat semporna juga merupakan sebahagian dari gugusan gunung berapi tidak aktif. Gunung magdalena berketinggian 1208 Meter dari aras laut merupakan gunung tertinggi di gugusan itu.

  1. Gunung kinabalu pernah gempa bumi tak? 

Iya pernah terjadi pada pertengahan bulan Julai tahun 2015. Kejadian gempa bumi di sekitar gunung kinabalu ni memang di luar jangkaan. Kenapa ada kejadian gempa bumi  berlaku dan adakah  potensi gegaran gempa bumi yang kuat akan berlaku sekali lagi di Sabah? Gegaran kuat seperti yang berlaku akan terus berlaku, apabila tenaga yang tersimpan sudah melebihi kemampuan bumi untuk menyimpannya. Ini biasanya berlaku secara berkala.

Dalam kes gempa bumi Ranau, ia berlaku sekitar 25 tahun. Yang pertama dalam ingatan kita berlaku pada tahun 1966 dengan magnitud 5.3.

Yang kedua pada tahun 1991 bermagnitud 5.2 dan terkini pada tahun 2015. Kitaran ini anggaran saja, sebab rekod sejarah gempa bumi di Sabah belum cukup panjang. Bagaimana sebenarnya proses kejadian gempa Bumi itu berlaku?

Bayangkan kita ambil pembaris plastik dan kita bengkokkannya. Selepas tahap tertentu ia akan patah dan seterusnya melepaskan tenaga yang disimpan olehnya. Batuan di dalam bumi pun berkelakuan begini.

Di Jalur Lingkaran Pasifik, 80% gempa bumi berlaku adalah kerana hasil daripada pertembungan plet bumi. Yang lain berlaku di luar jalur yang dikaitkan dengan sesar rantau yang masih aktif.

Dalam kes gempa di Ranau,  ia dihasilkan oleh sesar normal bertrend timur laut-barat daya. Sesar pula ada tiga jenis iaitu sesar mendatar (pergerakan horizontal), sesar naik dan sesar turun (pergerakan tegak.

  1. Penjaga gunung kinabalu untuk Borneo  

sebelum kedatangan agama islam dan kristian di Bumi Borneo  ,kebanyakan orang tempatan menganut fahaman pagan iaitu mempercayai semangat alam dan roh. Merujuk kepada (Evans,1922;278), Gunung kinabalu atau nama asli nya adalah “Nulu Nabalu”, juga di sebut dengan nama “ Pongoluan” dan “gayoh Ngaran” oleh suku kaum dusun di Sabah. Pengunaan istilah ‘Nabalu’ dan “pongoluan” mempunyai maksud yang sama, iaitu yang bererti “tempat persemadian orang mati” (Evans, 1922:278), atau “tempat orang mati pergi”. merujuk kepada perjalanan spiritual tujuh manusia menunju kepada kesempurnaan eksistensinya sebagai manusia (Evan, 1953:Chapter IX); proses ini disebut “mongolu” oleh kaum Dusun, yang bererti : “roh yang bergerak ke suatu tempat” (BNBH, 1 September 1892; Evans, 1922:288).

Menurut cerita lisan, beberapa raja-raja Brunei seperti Maharaja Sarawangsa dan Raja Alaka Bhatara pernah ke Gunung Kinabalu. Cerita lisan tersebut mengatakan bahwa Raja Alaka Bhatara pergi ke Kinabalu dan menjumpai besi kursani yang dipakai untuk membuat senjata. Akan tetapi, yang menariknya, di dalam beberapa manuskrip sejarah China, terdapat catatan mengenai peranan Gunung Kinabalu di dalam kerajaan Brunei Lama, bahwa Gunung ini merupakan gunung yang melindungi Kerajaan Boni (kerajaan Brunei pra-Islam).

Ada juga sumber lisan dari orang tempatan mengatakan Perkataan “Kinabalu” asalnya merupakan perkataan kaum Kadazandusun yang dicampurkan antara perkataan Aki Nabalu, yakni aki membawa maksud nenek moyang, manakala nabalu beerti gunung, “gunung nenek moyang” dalam bahasa Melayu. Mengikut kepercayaaan mereka,gununug kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meningggal dunia dan mempercayai roh roh nenek moyang mereka sedang berehat rehat di guunung kinabalu dan sekitarnya. Jesteru itu, kaum kadazandusun yang tinggal di sekiatr kunadasang dan ranau ri telah menyifatkan diri sebagai penjaga dan pelindung gunnung kinabalu.Selain itu juga,gunung kinabalu di lihat sebagai tanah suci yang tidak boleh di cemari dan perlu di hrmati.

Gunung Kinabalu sejak sekian lama dianggap gunung keramat dan suci bagi kaum Dusun, di mana mereka menggangap gunung tersebut tidak hanya sebagai pusat spiritual mereka, tetapi juga sebagai pusat dunia. Jikalau kerajaan Mataram di Jawa menggangap Gunung Merapi sebagai pelindung Kerajaan Mataram, di mana terdapat Keraton Merapi di gunung tersebut dengan raja ghaib bernama “Eyang Merapi” (krjogya.com), di Borneo pula Gunung Kinabalu adalah pelindung Kerajaan Brunei Lama. Ada pula kaitan dengan brunei..sebab brunei pun pernah sebahagian daripada sabah dahulu..

Kaum Dusun percaya terdapat penguasa di gunung tersebut, bahkan terdapat istana ghaib di salah satu kawasan di gunung tersebut, selain terdapat legenda mengenai pohon “Langudi”, pohon sakti yang buahnya dapat membuat orang kembali muda (St. John, 1863:355). Pada saat ritual “monolibabou” dijalankan pada tahun 2015 lalu, Odun Lumanjar, Tantagas/Bobolian dari Tuaran menyebut tujuh roh utama yang menjaga Gunung Kinabalu iaitu : Raja Gugur, Gunsangod, Singkarad, Rangkai, Liso, Rongko dan Tanggung, di mana Raja Gugur merupakan pemimpin mereka (Daily Express, 2015). Istilah “Gunsangod” di dalam bahasa Dusun bererti “yang suka berperang”, sementara istilah “Singkarad” pula merujuk kepada pahlawan di zaman dahulu kala yang suka berperang memburu kepala.

Sampai hari ini, ritual “monolob” dijalankan oleh kaum Dusun di Bundu Tuhan dan Kiau untuk para penjaga Kinabalu bagi memohon keizinan supaya pendaki dapat mendaki Gunung Kinabalu. Ritual “monolob” ini dilaksanakan dengan tujuh ekor ayam putih (kombura), selain tujuh helai sirih (daing), rokok daun (kirai), pinang muda (lugus tomulok), tembakau (sigup), garam (tusi), beras (wagas) dan Komburongoh. Setelah upacara “monolob” dijalankan, kegiatan ziarah suci ke Gunung Kinabalu yang disebut “Kakakapan do Gayo Ngaran” pun akan dimulakan setelah ritual tersebut. Proses ziarah yang dinamakan “kakapan do Gayoh Ngaran” ini, ertinya adalah “menziarahi si Nama Besar”. Pada zaman dahulu, raja-raja Brunei menggangap Gunung Kinabalu sebagai penjaga kerajaan Boni/Brunei Lama. Maharaja Karna misalnya, menghadap Maharaja Ming iaitu Maharaja Yongle, lalu meminta supaya Gunung Kinabalu diiktiraf sebagai penjaga Kerajaan Brunei aka Boni, di mana Maharaja Karna meminta supaya gunung tersebut digelar [terjemahan] : “Gunung Ketenangan Abadi Yang Menjaga Negara”; Maharaja China mengirim Chang Chien untuk meletakkan batu inskripsi di gunung tersebut (Nicholl, 1980:28), walaupun menurut Rutter, utusan tersebut kemungkinan tidak pernah sampai ke Kinabalu dan meletakkan inskripsi batu ke Gunung Kinabalu (Rutter, 1922:85). Akan menjadi suatu sejarah Sabah yang terpenting, sekiranya inskripsi batu tersebut didirikan di Kinabalu oleh Chang Chien – by Dusunology, 12 November 2019.

Para pendaki adalah dinasihatkan agar sentiasa menjaga tatatertib dengan baik ketika mendaki, etika pemakaian perlu dijaga, tidak membuat bunyi bising, tidak memanggil-manggil nama orang sesuka hati, tidak marah atau gelak terbahak-bahak.

  1. Putera china dan gunung kinabalu

Pada suatu masa dahulu menurut  sumber lisan orang-orang tua tinggalan di sekitar Daerah Kundasang, Sabah. Mitos pertama ni Seorang penggembara Putera Raja China yang ingin mendapatkan sebutir mutiara daripada Naga yang mendiami puncak gunung. Selepas pertarungan yang habat Putera China dapat mengalahkan naga dan mengambil mutiara tersebut. Lalu Naga tersebut menjadi Batu.

Seterusnya, sejarah mitos kedua berkaitan dengan Putera Raja China juga, hal ini kerana pengembaraan awal yang meneroka kawasan bumi Borneo ini dikatakan bahawa pelayar China yang terlebih dahulu hadir di kawasan ini juga. Putera Raja China berkahwin denga gadis tempatan yang berbangsa Dusun, Selelah beberapa tempoh berada di bumi Borneo ini, maka terpaksalah Putera China tersebut balik ke negara asal beliau.

Namun demikan isterinya tidak di bawa sekali mengikutinya. Akibat daripada kekecewaan yang dihadapi gadis dusun tersebut, dia lari dari kampung dan menuju ke puncak gunung dan menjadi batu. Dipercayai bahawa ung yang di daki oleh si gadis tersebut adalah Gunung Kinabalu kini.

Asnan Hamdin

Seorang yang suka menulis berkaitan Sabah dan original Sabahan, tentunya. Di blog ini, penulisan beliau fokus pada tempat menarik di Sabah agar dapat memperkenalkan Sabah kepada non-Sabahan. Boleh hubungi di asnan86@gmail.com

Recent Posts