Resipi dan Cara Buat Keropok Amplang, SEDAP dan RANGGUP


keropok amplang adalah sejenis makanan ringan di Sabah yang berasaskan ikan. keropok amplang terbaik dan sedap yang pernah penulis makan ialah keropok yang di hasilkan di daerah Tawau, Sabah.

Jika di semenanjung Malaysia ,khusus nya Negeri Terengganu ada keropok lekor tapi di Sabah pun tidak kurang hebatnya,ada keropok amplang.

Perbezaan keropok amplang dan keropok lekor ialah dari segi struktur nya berbentuk bulat,bewarna putih dan ranggup bila di makan. Manakala keropok lekor seperti mana anda maklum, ianya padat dan berisi padat dan ada yang bentuk panjang dan pendek.

Sejarah Amplang

Asal usul Keropok Amplang ini dikatakan berasal dari negara jiran iaitu Indonesia. Masyarakat Melayu Indonesia adalah merupakan pelopor kepada keropok ini yang menjadikannya sebagai snek ringan. Di Indonesia, mereka tidak memanggil sebagai amplang. sebalik nya di panggil sebagai Plang.

Dahulu pada awal 1900 an, sempadan negara masih belum ada yang boleh mengasingkan dengan jelas sempadan. Bangsa Melayu Indonesia boleh sahaja berjalan merentas daerah ke Sabah( Borneo utara) dan apabila orang Melayu di indonesia bermastautin di Tawau, maka makanan tersebut menjadi popular kepada masyarakat setempat dan akhirnya menjadi kegemaran masyarakat melayu berketurunan Bugis di Tawau.

Sehingga hari ini, keropok amplang telah menjadi ole-ole untuk di bawa balik ke semenanjung.

Resepi dan cara buat amplang

jika nak belajar buat resepi ni mudah sahaja. Secara asasnya, keropok ini dibuat daripada ikan tenggiri yang dicampur tepung kanji dan ditambahkan bahan-bahan lain, yang kemudiannya digoreng.

korang boleh lah ikut langkah-langkah yang terlibat dalam pemprosesan amplang ni:

Bahan-bahan:
• Ikan Tenggiri (300gm)
• Tepung ubi (280gm)
• Tepung gandum (20gm)
• Telur (1 biji)
• Minyak (30ml)
• Garam dan gula (secukup rasa)

1. Proses adunan: Isi ikan korang adun bersama tepung kanji serta ramuan lain untuk membentuk doh.

2. Proses membentuk: lepas tu korang uli tepung menjadi Doh dalam bentuk ketulan silinder besar seberat 500 gram, lalu dipotong kecil secara melintang. Setiap potongan kecil tadi dibentuk silinder sekali lagi dengan saiz yang lebih kecil sebelum dipotong halus.

3. Memasak: Amplang yang dipotong halus-halus di goreng dalam minyak yang banyak selama lebih kurang 30 minit sehingga betul-betul rangup. Amplang sentiasa dikacau ketika digoreng untuk mengelakkannya menjadi hangit.

4. Mengetos: Setelah digoreng, amplang ditoskan untuk membuang sisa-sisa minyak.

5. Pembungkusan dan penyimpanan: Amplang yang telah siap, dibungkus dalam plastik kedap udara lalu disimpan pada suhu bilik. Ia dijauhkan daripada pancaran cahaya matahari dan selamat daripada serangan serangga.

Jenis amplang

keropok amplang terdiri daripada tiga jenis iaitu ikan,sotong dan udang. Biasanya keropok ikan jenis tenggiri yang paling sedap. begitu juga jenis sotong dan udang yang di ubah suai agar mempunyai pelbagai pilihan kepada pelanggan.

kilang amplang dan pembekal keropok amplang

di tawau terdapat beberapa syarikat industri kecil dan sederhana yang mengusahakan amplang. Keropok Amplang Bikmie yang bertempat di storey light industrial building taman unipark tawau manakala rosmie snack industry bertempat di kg muhibbah raya.

tapi anda tidak perlu lah pergi kilang,cukup anda ke pasar tanjung dekat pusat bandar tawau.korang. jangan lupa singgah di Pasar Tanjung yang menjadi lokasi untuk mendapatkan bekalan amplang ni untuk dibawa balik sebagai buah tangan.

Pada pendapat saya, harga amplang kat Tawau ni murah sikit dari kat Kota Kinabalu. Rasa pun lagi sedap dari amplang Kota Kinabalu. Tapi tak tau la pendapat orang lain. Masing-masing punya tekak! Tapi kalau beli kat kilang pemprosesan amplang ni, boleh dapat lagi murah!

Asnan Hamdin

Seorang yang suka menulis berkaitan Sabah dan original Sabahan, tentunya. Di blog ini, penulisan beliau fokus pada tempat menarik di Sabah agar dapat memperkenalkan Sabah kepada non-Sabahan. Boleh hubungi di asnan86@gmail.com

Recent Posts