Resipi dan Cara Buat kuih Bamban, Makanan Sabah Yang Unik


Pais jagung atau kuih bamban memang terkenal di sabah.banyak makanan dan kuih muih tradiional kaum bajau terdapat di sabah,tetapi jika nak disenaraikan kesemuanya, memang tidak akan habis kerana ada berpuluh-puluh makanan tradisi Sabah sebenarnya!
Cara penyediaan untuk beberapa makanan tradisi yang kami senaraikan ini agak mudah, jadi anda boleh sahaja cuba untuk membuatnya sendiri di rumah atau beli sahaja di luar. Ok,baik ,sebenarnya, Saya suka mencabar diri untuk membuat kuih kuih yang jarang di buat. Maklum la untuk mengambil hati suami agar dapat merasa hasil cuci tangan sendiri. Saya bertuah dapat berkahwin dengan orang sabah,da jodoh agak nya dengan orang sabah..ok,baik kita da keluar tajuk..kita patah balik,tajuk sebenar artikel ni..
Resipi ini diajarkan oleh mak mertua saya. Pertama kali buat sendiri tanpa bantuan sesiapa.
Sebelum ni ada bantuan adik ipar dan juga di bawah pemantauan mak mertua, jadi malam tadi nak cabar diri buat sendiri.akhirnya menjadi kuih bamban saya..nasib baik.
Walaupun pada awalnya tengok aikk awat macam lembik? Aduhh mau kecewa suda.Akhirnya bila dah sejuk barulah menjadi tekstur seperti yg diinginkan. Seronok nya..maklumlah
saya budak baru belajar la katakan.

Mari saya share resipi. Tak susah mana pun. Kejadian dia bergantung kepada saiz jagung.
Kalau guna jagung besar dan banyak memang dapat banyaklah. Lagipun perlu jagung bersaiz besar supaya dapat daun yg lebar jadi mudahlah nak balut nanti.

kebetulan kelmarin ada terjumpa jagung besar gedabak dan setongkol RM1.20 punya pasal lah terus terlintas ehh sesuai untuk dibuat Bamban atau Pais ni.

Bahan-bahan:

-Jagung 10 tongkol (saya guna 7 je sebab jagung ni besar. Hasilnya saya dapat 17 bungkus.)
-Tepung gandum setengah cawan (agak-agak je jangan terlalu banyak nanti keras mau gigit!)
-Gula sikit ja (gula apapun boleh tpi saya guna gula kabung)

Cara-cara:

-Pilih daun jagung yg keras.terutama di bahagian luar Jangan pilih daun muda sangat kt lapisan paling dalam pulak nanti lembut sangat susah nak balutnya. Masa koyak kulit jagung tu hati-hatilah sebab takmau kulit jagung tu terkoyak sebab nak guna untuk balut nanti. Kumpul jak sebanyak mungkin daun jagung ni habuan standby time dok balut nanti kang ada yg terkoyak ke apa tak ke naya..

-Sagat jagung

-Masukkan tepung, gula. (Saya tambah garam sikiiiiiiiiiit ja sbb masa ni mcm konpius eh garam included ke tak:sweat_smile:). Gaul sebati.

-Mulalah membalut.
(Haha kat sinilah memang kena ada skill membalutnya. Aku pun baru tahap amatur sangat uiii..Berapa kali buka semula balut lain taktau la, tu tak kira lagi bab melimpah keluar di atas .Tips dia bubuh sesudu dua dulu cek tengok dengan size daun tu ngam tak. Jangan belagak bubuh banyak terus nanti melimpah baru nak kelam kabut : Kalau rasa susah kan, hampa bubuh ja dalam loyang ke bekas apa pastu kukus hehe senang!)

-Dah siap balut, kukus selama 20-30minit.

-Biar sejuk dulu baru makan.
( Jangan gelojoh macam aku time panas-panas terus ambik mau makan lepas tu buat heran kenapa lembik ni? kenapa tak jadi pun macam tekstur mama ajar? ..
Teruskan usaha jika masih tidak dapat tekstur kuih bamban/pais yang di inginkan..
selamat mencuba..bye..

Asnan Hamdin

Seorang yang suka menulis berkaitan Sabah dan original Sabahan, tentunya. Di blog ini, penulisan beliau fokus pada tempat menarik di Sabah agar dapat memperkenalkan Sabah kepada non-Sabahan. Boleh hubungi di asnan86@gmail.com

Recent Posts