25/11/2019

Resipi dan Cara Buat Ambuyat, Makanan Sabah Yang Unik

Siapa yang pernah dengar apa itu ambuyat? bila dengar ambuyat jak, tu apa erk.. spesies ayam kampung ka atau spesies ikan? dan asal dari mana ambuyat ni sebenar nya? jom mari saya bawa anda kenal apa itu ambuyat.. kalau korang nak tahu AMBUYAT  adalah sejenis makanan tradisional bagi kaum melayu brunei. sebab itu makanan ambuyat yang asli ini di katakan berasal dari negara jiran kita iaitu negara Brunei.

Jika di negara jiran kita di indonesia khususnya indonesia timur di sebelah kepulauan maluku dan pedalaman papua ianya di namakan 'Papeda'. Kalau kat malaysia,terutamanya di sebelah  malaysia timur iaitu negeri sabah da negeri sarawak ianya mempunyai nama panggilan yang berlainan. hal ini di sebabkan kedudukan geografi dan kawasan yang jauh dari bandar ,menyebabkan kepelbagaian nama dalam makanan ambuyat ini..sesetengah kaum di sabah memanggil nya Linux.. Kaum Kadazan, Murut, Dusun, Bajau di Sabah juga mempunyai variasi dalam menyediakan juadah ambuyat. Kebiasaanya makanan adalah makanan malah menjadi sajian utama selepas nasi.

Jikalau anda nak tahu suatu masa dulu, hari-hari istimewa seperti perkahwinan serta hari keramaian kaum di sabah menjadikan ianya hidangan menu harian dan hidangan wajib.

Di Brunei, sagu rumbia dikenali sebagai ambulung. Untuk menghasilkannya, proses mengarus selama sehari perlu dilakukan.Bagaimanapun, hari ini ambulung boleh didapati di pasar atau tamu dalam bentuk paket.

Dua bahan utama diperlukan untuk membuat ambuyat iaitu tepung sagu dan air panas.
Tepung sagu yang dibeli dalam bentuk paket perlu dileraikan atau dihancurkan.
Dengan sukatan air panas, tepung sagu berkenaan dikacau hingga menjadi kenyal.
Ia berwarna jernih dan sedikit melekit. Tidak perlu dikunyah dan boleh terus ditelan.
Rasanya tawar, namun ia bergantung pada kuah dan lebih hebat jika kuah lebih masam atau pedas," katanya.
Tambahan pula ambuyat lebih selesa dimakan dengan menggunakan kayu penyepit tempatan yang dikenali sebagai candas.
Ambuyat enak dimakan semasa ia masih panas dan dicicah dengan ikan bakar, ikan rebus atau ulam-ulaman.

Pada kebiasaannya, ambuyat dimakan beramai-ramai, sekali gus dapat mengerat silaturahim dan hubungan sesama keluarga mahupun penduduk kampung.
Ambuyat dimakan bersama-sama sebagai hidangan makan tengahari bagi menggantikan nasi.
Paling menarik semasa kita berebut-rebut mengambilnya dan dicicah dengan lauk.
Sambil makan, kita dapat berbual-bual bagi mengeratkan hubungan. Ambuyat juga bagus dimakan bagi membantu pembuangan toksin dalam badan," katanya.

Warna dan struktur makanan Ambuyat

Warna dan tekstur makanan peranan penting dalam membangkitkan selera dan keterujaan seseorang menjamah ambuyat.
Bagaimanapun, bagi masyarakat Bisaya di Sabah, warna tidak memainkan peranan penting.
Mereka memiliki makanan tradisional yang bentuk dan teksturnya tidak menarik, tetapi rasanya cukup enak.
Berwarna putih cair dan teksturnya seperti gam.
Menjadi hidangan wajib ketika kenduri perkahwinan dan ketika hari keramaian bagi penduduk Bisaya. Ada ketikanya, ambuyat dimakan bersama-sama sebagai hidangan makan tengah hari bagi menggantikan nasi.

PANTANG LARANG semasa makan ambuyat

Ambuyat atau linut mempunyai pantang larangnya.
pada zaman dahulu, jika ada kematian, ahli keluarga si mati tidak dibenarkan makan linut/ambuyat ketika mayat masih di dalam rumah.
Jika ahli keluarga berkeras hendak makan, jasad si mati akan menjadi sangat lembut dan melekit seperti linut.
Masyarakat Dalat juga mempunyai kepercayaan sama tetapi banyak diabaikan oleh generasi muda.
Antaranya, tidak boleh ketawa besar dan bercakap kasar serta kotor ketika makan ambuyat/linut (inut dalam sebutan masyarakat Dalat).

resepi penyediaan ambuyat

Resipi ini tidak lah susah hanya satu set hidangan ambuyat atau linut yang menjadi cadangan saya adalah adalah seperti berikut.

1 kg (6 cawan) sagu rumbia
Air panas yang baru dimasak
1 liter (4 cawan) air

CARA MEMBUATNYA

Sagu dicampur dengan 4 cawan air dan mendapkan selama 10 minit.

Tuang air dan masukkan sagu ke dalam bekas yang tahan air panas.

Bancuh sagu dengan air panas yang baru mendidih.

Kacau hingga sebati dan masak sehingga sagu kelihatan jernih dan likat
(seperti gam. Ini menandakan sagu itu telah masak).

CARA ALTERNATIF

Tepung sagu dicampurkan dengan air

masak di atas kuali dengan api yang sederhana sehingga menjadi likat dan jenih.

RESEPI SAMBAL BELACAN UNTUK AMBUYAT/LINUT

1 Ketul belacan bakar Cili padi / Cili biasa (ikut pedas yang dikehendaki)
Perasa Sedikit Gula Jus Limau secukupnya

* Anda boleh masukkan
sedikit bawang merah dengan isi udang ( direbus/dibakar )

CARA MEMBUATNYA

Masukkan semua bahan dalam lesung batu atau blender pun boleh

Tumbuk / kisarkan sehingga lumat.

Siap.

Bahan C

500 g (60 pokok) pucuk paku, dibersihkan dan dipetik
3 g (1/2 sudu teh) garam
10 g (1 sudu makan) minyak sayuran
20 g (3 ulas) bawang merah
10 g (2 ulas) bawang putih ditumbuk
10 g (1 sudu makan) belacan
125 ml (1/2 cawan) air
1 biji cili merah (dihiris) untuk hiasan

500 g (60 pokok) pucuk paku, dibersihkan dan dipetik
3 g (1/2 sudu teh) garam
10 g (1 sudu makan) minyak sayuran
20 g (3 ulas) bawang merah
10 g (2 ulas) bawang putih ditumbuk
10 g (1 sudu makan) belacan
125 ml (1/2 cawan) air
1 biji cili merah (dihiris) untuk hiasan

Tambahan untuk RESEPI SAYUR PUCUK PAKU / SAYUR MIDIN

500 g (60 pokok) pucuk paku (pucuk midin) dibersihkan dan dipetik
3 g (1/2 sudu teh) garam
10 g (1 sudu makan) minyak sayuran
20 g (3 ulas) bawang merah
10 g (2 ulas) bawang putih ditumbuk
10 g (1 sudu makan) belacan
125 ml (1/2 cawan) air
1 biji cili merah (dihiris) untuk hiasan

CARA - CARA MEMBUATNYA

Panaskan minyak di kuali

Tumis bawang putih,bawang merah dan belacan

Masukkan sayur pucuk paku dan garam.

Tambah 1/2 cawan air.

Masak hingga empuk.

Hiaskan dengan cili merah.

RESEPI IKAN MASAK GULAI

600 g ikan putih/tongkol/tenggiri/kurau/senangin ( telah disiang dan dipotong )
*40 g (5 ulas) bawang merah
*10 g (2 ulas) bawang putih
*10 g (2 sm) kunyit hidup
*10 g (2 sm) halia
*3 g (5 biji) cili padi /cili biasa mengikut
30 g (2 batang) serai, diketuk
5 g (5 keping) asam keping
9 g (1 sudu teh) garam
625 ml (2 cawan) air
Saya tambah terung asam.

CARA- CARA MEMBUATNYA

Bahan bertanda * ditumbuk kasar

Masakkan bahan - bahan di dalam periuk bersama-sama dengan bahan-bahan lain.

Rebus sehingga masak.

Bagaiamana?mudah kan ?

Ambuyat atau linut ini sesuai dimakan ketika masih panas atau baru diangkat dari dapur . cadangan saya, anda masak lauk pauk terlebih dahulu kemudian barulah anda membuat ambuyat atau linut.

Asnan Hamdin

Penulis

Asnan adalah penulis tentang blog pelancongan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This is Atomic

All the pages you see here are built with the sections & elements included with Atomic. Import any page or this entire site to your own Oxygen installation in one click.
GET OXYGEN
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram