08/12/2019

6 Fakta Kereta Api Sabah Yang Ramai Tidak Tahu

Kereta api Sabah telah lama digunakan di kawasan pantai barat sabah. Umum mengetahui stesen keretaapi mempunyai 15 stesen dari stesen tanjung aru sehingga hinggalah ke tenom saat artikel ini diterbitkan..

Perkhidmatan keretapi di Sabah telah wujud sejak zaman British North Borneo Company (BNBCC) lagi. Landasan keretapi yang pertama dibina pada tahun 1896 bermula dari Beaufort ke Weston yang diketuai oleh Arthur J.West yang merupakan seorang Jurutera Awam Inggeris.

Kepentingan keretapi di sabah telah mewujudkan pekan-pekan kecil dan bandar-bandar seperti Membakut, Papar, Kinarut, Putatan dan lain-lain telah membangun di sepanjang landasan keretapi tersebut.

Perkhidmatan keretapi juga menjadi sistem perhubungan yang utama pada waktu itu dan menjadi penyumbang penting kepada perkembangan ekonomi Negeri Sabah.

Jom kita buat sedikit tinjauan 6 fakta tentang perkhidmatan kereta api sabah yang patut kita tahu

Perjalanan kereta api sabah

jika anda ingin naik kereta api sabah,kita akan terfikir sejenak bagaimana jadual perjalanan keretaapi sabah ni. Kereta api sabah ini adalah di bawah jabatan keeta api sah di bawah kerajaan negeri sabah. Kereta api ini bukan lah kereta api pelancangon yang ala ala british tu tapi lebih pada kegunaan setipa hari penduduk kampung untuk ke tenom dan beaufort dan di sepanjang laluan kereta api. Ok la sebelum anda nak merasai pengalaman naik ereta api , eloklah la dulu rancang perjalanan anda dulu.

Secara ringkas nya jadual dari KK ( kota kinabalu) ke Beaufort ,kebiasaanya kereta api akan bertolak 7.45pagi. Lain lain tempat di sepanjang jalan kereta api ini tidak sama masa bertolak untuk mengambil penumpang.. jika anda tenom atau beaufort ,ianya tidak sama masa ambil penumpang di tanjung aru..jika di stesen ,jadual dari beaufort ke KK (kota kinabalu) adalah bermula seawal jam 5.00 pagi. Jika anda bercadang dari kota kinabalu ke beaufort, harga tiket kereta api hanya rm 4.80 dan untuk kanak rm2.40 . anda boleh rujuk dalam jadual harga tiket yang saya sediakan.

Kereta api sabah biasa nya beroperasi setiap hari termasuk hari sabtu,hari ahad dan hari kelepasan AM. Apabila anda ingin beli tiket kereta api pastikan anda kena setengah jam awal sebelum kereta api bertolak. Hal ini memudahkan anda dapat tempat duduk di dalam kereta api. Jika anda beli semasa kereta api nak bertolak ,alamatnya anda tidak dibenarkan untuk membeli tiket dan tiada temapt duduk pada waktu kereta api hendak bertolak.

Kereta api tidak lah selaju seperti kereta api di kuala lumpur. Ianya berbeza dari dari semenanjung malaysia, trend kere. Jadi anda tidak boleh meletakkan harapan yang tinggi untuk perkhidmatan kereta api sabah. Kereta api sabah Cuma hanyalah mempunyai kelajuan 40-60 km/h sahaja.

Kalau di fikirkan ,anda boleh saja ambik pengangkutan lain untuk lebih pantas sampai destinasi. Jika anda ingin cepat ke destinasi,perkhidmatan kereta api ini tidak sesuai untuk anda.

Berikut senarai stesen kereta api sabah di sepanjang laluan dari kota kinabalu

  1. Stesen sembulan
  2. Tanjung aru
  3. Putatan
  4. Kinarut
  5. Papar
  6. Kimanis
  7. Bongawan
  8. Membakut
  9. Beaufort
  10. Weston ( belum di buka ,akan di beritahu kelak)
  11. Saliwangan
  12. Halogilat
  13. Rayoh
  14. Pangi
  15. Tenom
  16. Melalap ( belum di buka ,akan di beritahu kelak)

Jadual perjalanan dan harga tiket keretapi sabah secara ringkas;

Tambang Tanjung Aru – Beaufort : RM4.80
Tambang Beaufort – Tenom : RM2.75
Jumlah tambang pergi balik (seorang): RM15.10

Perjalanan dari Tg. Aru ke Beaufort : 7:45am, tiba 9:45
Masa menunggu keretapi seterusnya : 4 jam
Beaufort ke Tenom : 1:30pm, tiba 3:30pm

Masa balik Tenom ke Beaufort : 7:30 atau 1:00pm
Jadual keretapi Beaufort ke Tg Aru : 5:00am atau 11:00am. 2 masa ini sahaja.

Pilihan alternatif : Bas dari Beaufort ke KK jam 3:30pm. Tambang bas RM1

Jika anda ingin kembali ke kota kinabalu.

Pilihan alternatif : Bas dari Beaufort ke KK jam 3:30pm. Tambang bas RM12.

Untuk maklumat lanjut anda boleh ke laman facebook Kereta api Sabah untuk perjalanan kereta api dan jadual penuh kereta api yang lain. Juga ke laman rasmi Kereta Api Sabah.

 Masa Perjalanan

Kebiasaanya bandaraya kota kinabalu selalu trafik jem di masa kemuncak , semasa orang pulang dari kerja . jadi alternatif kepada masalah berkenaan anda boleh la naik kenderaan lain seperti kereta api. Tapi ,harus di ingat masa perjalanan kereta api tidak sama hari hari biasa dan hujung minggu. Anda kena sntiasa peka dengan perubahan masa di laman sesawang facebook atau website. Hal ini di sebabkan faktor alam, seperti banjir, tanah runtuh dan sebagai nya.

Jika anda nak tahu kelajuan kereta api hanya 40 km/jam jadi anda tidak boleh bandingkan kelajuan kereta api di Kuala Lumpur.  Tetapi perjalanan kereta api yang tidak menempuh trafik jem , menjadikan perkhidmatan kereta api berjalan lancar dan tiada halangan. Hal ini menyebabkan anda boleh sampai destinasi mengikut masa yang di tetapkan oleh pihak JKNS ( Jabatan kereta api negeri sabah). Contohnya jika anda ingin naik kereta api dari stesen sembulan ke stesen papar dalam jam 5 petang, anda akan sampai stesen papar dalam 5.50 petang.

untuk makluman ,perkhidmatan kereta api sabah berakhir kira kira jam 8.30 malam mengikut jadual dan destinasi yang di tetapkan. berikut jadual perjalanan kereta api sabah.

 Fasiliti (kaunter tiket)

Jabatan kereta api negeri sabah telah menjalankan usaha usaha penamabahbaikan kepada perkhidmatan yang sedia ada. Kereta api sabah telah di jenamakan semula agar setanding perkhidmatan di semenanjung malaysia .fasiliti yang di sediakan adalah stesen yang moden yang terletak di stesen tanjung aru. Oya sebelum tu, tiket kereta api tiada di jual secara online setakat ini, ianya di jual secara Go-Show atau Walk-in sahaja dan terus ke kaunter tiket di stesen tanjung aru. Hal ini harus di ingatkan berkenaan tiket ianya wajib dibeli sebelum kereta api bertolak. Contoh jika kereta api dari tanjung aru bertolak 7.45 pagi, anda wajib ada di sana sekurang kurang nya 30 minit awal, dlm masa 7.15 pagi. Maka,rancang perjalanan anda dari rumah awal awal bagi mengelakkan kaunter tiket di tutup.  Hari hari biasa dari hari sinin hngga jumaat tidak sama jadual untuk sabtu dan ahad. Anda kena rujuk di laman facebook Kereta Api Sabah.

Selain itu, kereta api sabah ini adalah satu satu nya lokomotif kereta api di Borneo, dan ada satu lagi kereta api sutera habour atupun dipanggil kereta apai pelancongan pun berupa lakomotif juga.kereta api sutera harbour saya akan bincangkan di perenggan yang berikutnya.

Kereta api sabah ini mempunyai dua kabin dan dalam nya juga ada tempat duduk berpasangan yang selesa. Sebahagian tempat duduk yang berlainan dengan arah kereta api dan sebahagian berlawanan arah kereta api. Selain itu meja juga di sediakan di tengah tengah tempat duduk. Bahagian tempat duduk bahagian kaki agak luas dan boleh letak lebihan beg di bawah tempat duduk Ruangan menunggu di stesen pun agak selesa dengan bilangan bangku panjang yang di di perbuat daripada besi. Kipas juga di sediakan di ruangan menunggu sementara menanti ketibaan kereta api datang ke stesen.kapasiti penumpang yang boleh di angkut dalam satu satu masa adalah seramai 71 orang.

Sejarah dan Kepentingan kereta api sabah

Kereta api sabah boleh menjadi sumber pendapatan negeri, jika usahakan di tumpukan untuk membangunkan kereta api di sabah. Kereta api sabah mempunyai nilai signifikan dalam usaha menjadikan sabah destinasi pelancangon di seluruh dunia. Hal ini tidak menjadi mustahil, negeri sabah satu satu nya negeri di mlaysia dalam kepulauan borneo mempunyai kereta api . ianya boleh menghubungkan dengan negara brunei dan negara indonesia (kalimantan) bagi memangkin kan lagi sumber pendapatan rakyat dan sumber pendapatan negeri dan negara secara am nya.

Jika di lihat bagi pelancong atau pengembara, menaiki kereta api itu memberikan  pengalaman yang mengujakan apabila merentasi laluan berliku di tebing sungai Padas dan celah bukit banjaran crocker.

Bagi pengemar sukan lasak ,perkhidmatan kereta api sabah adalah ssalah satu kemudahan unutk menuju ke destinasi berakit yang popular di sabah iaitu di jeram sungai padas di kampung pangi,Tenom.

Selain itu , kawasan pedalaman sabah seperti daerah tenom ,perkmapungan di sepanjang sungai padas, dan di sepanjang perkampungna daearah beaufort amat bergantung sepenuhnya kepada kereta api untuk melakukan pelbagai urusan.

Hal ini memudahkan urusan yang penduduk setempat seperti memudahkan anak anak ke sekolah yang terletak jauh dari sekolah sekaligus mengurangkan kadar keciicran murid sekolah. tambahna pula ianya juga menjadi nadi penting mengangkut hasil pertanian, bahan  binaan dan pelbagai barangan penduduk di samping menjadikan Hari Tamu adalah hari penting utk penduduk menggunakan keretaapi untuk menghantar menjual hasil pertanian dan penduduk untuk membeli keperluan harian.

Kereta api pelancongan sabah sutera habour

kereta api pelancongan atau kereta api sutera harbour ini tidak sama dengan jabatan kereta api sabah. kereta api sutera harbour ini lebih kepada tujuan pelancongan sahaja. jangan tersilap la ya, nanti ada yang tak cukup bajet utk keperluan lain la pula..untuk pengetahuan semua kereta api  sutera harbour hanya di minati oleh pelancong luar sahaja memandangkan harga tiket agak mahal,dalam sekitar rm358 untuk orang dewasa dan kanak kanak di atas umur 4 tahun. hal ini termasuk pergi dan balik serta makanan di sediakan untuk sarapan dan makan tengah hari sekali. kebanyakan veteran perang amat meminati naik kereta api ini bagi mengimbau kenangan lama. Pada zaman penjajahan British dahulu, keretapi ini dinaiki oleh pegawai-pegawai tentera British dan keluarga mereka. Orang-orang tempatan pada ketika itu hanya bekerja sebagai petugas keretapi. Oleh itu, pelancong-pelancong yang menaiki keretapi ini kini dapat merasai pengalaman sebagai Sir dan Madam Orang Putih pada zaman itu. jika anda berminat anda perlu merancang perjalanan untuk menaiki keretapi ini memandangkan ia hanya beroperasi 2 kali seminggu: setiap hari Rabu dan Sabtu.

Penumpang North Borneo Railway dibenarkan menaiki keretapi seawal jam 9.30 pagi,dan pembelian tiket adalah secara walk in sahaja.

Keretapi ini tidak panjang, hanya terdiri dari 5 buah gerabak penumpang, sebuah gerabak dapur dan kepala keretapi sendiri. Setiap gerabak penumpang diberi nama mengikut tempat-tempat yang dilalui sepanjang perjalanan: Tanjung Aru, Putatan, Kinarut, Kawang dan Papar. Kami diberi tempat duduk di gerabak Papar yang terletak paling dekat dengan dapur dan kepala keretapi.

1. tiket

kereta api north borneo railway adalah di bawah pengurusan Sutera Habour Railway. Jika anda tidak menginap di resort ini,jangan risau. Peluang merasa pengalaman ini tetap terbuka walaupun tidak menginap di sini. Cukup dengan membeli tiket dan beraada di stesen mereka  pada tarikh dan masa yang di tetapkan

2. masa operasi

-masa operasi pada hari rabu dan hari sabtu

-pukul 9.30 pagi – 2.00 petang

3.harga tiket kereta api north borneo railway

-RM 358.50 untuk satu orang dewasa/kanak kanak (kanak kanak yang berumur 4 tahun ke atas )

-percuma untuk anak anak yang berumur di bawah tiga tahun

 

untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk alamat

the magellan sutera harbour resort

level 2,1 sutera harbour boulevard, sutera harbour ,88100 kota kinabalu

sabah malaysia

atau boleh layari laman web di bawah

http://www.suteraharbour.com

6. Sejarah kereta api negeri Sabah

* 1896 - Jurutera Inggeris, Arthur J West memulakan pembinaan landasan keretapi di Bukau, dekat Weston, Beaufort

* 1900 - Landasan kereta api pertama sepanjang 37 kilometer disiapkan menghubungkan pekan Beaufort dan Weston (sudah dihentikan).

* 1902 - Pembukaan landasan kereta api sepanjang 86 kilometer dari Beaufort ke Kota Kinabalu.

* 1905 - Pembukaan landasan kereta api sepanjang 48 kilometer dari Beaufort ke Tenom.

* 1906 - Pembukaan landasan kereta api sepanjang 16 kilometer dari pekan Tenom ke Melalap (sudah dihentikan).

Asnan Hamdin

Penulis

Asnan adalah penulis tentang blog pelancongan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This is Atomic

All the pages you see here are built with the sections & elements included with Atomic. Import any page or this entire site to your own Oxygen installation in one click.
GET OXYGEN
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram