Keunikan sejarah dan muzik Gong di Sabah yang unik


Entri kali ini,saya bercerita tentang alat muzik tradisional iaitu Gong. Saya pasti ditempat anda di semenanjung melayu, mesti pernah dengar alat muzik tradisional Gong. Ada tak para pembaca pernah memalu gong semasa perkahwinan ataupun majlis keramaian, saya pasti anak anak muda zaman sekarang  tidak pernah memalu gong semasa hari kahwin. Kalau adapun amat jarang anak muda yang memalu gong semasa hari perkahwinan mahupun majils keramaian.

Gong merupakan alat muzik yang terkenal dalam kalangan masyarakat di Sabah sebagai alat muzik untuk hiburan, malah alat muzik seperti gong menjadi pelengkap kepada sesebuah tradisi bagi suku kaum tertentu. Bagi sesetengah masyarakat di Sabah,gong juga digunakan sebagai pemberian dalam sesebuah perkahwinan

Sejarah alat muzik Gong

Teori mengatakan asal Gong itu adalah berasal dari Wilayah Barat China, abad keenam. Penyelidikan saintifik dan arkeologi telah menegaskan bahawa Burma, China, Jawa dan Annam adalah empat pusat pembuatan gong utama dunia purba. Gong ini di perkenalkan di Dunia Barat pada abad ke-18 dan di dalam Orkestra simfoni ala Barat. Bentuk gong cauldron gangsa yang dikenal sebagai loceng berdiri atau loceng kerehatan digunakan secara meluas dalam kuno Greece dan Rom, misalnya di Oracle Dodona yang terkenal, dimana gong cakera juga digunakan.

Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik. Gong telah banyak dijumpai di seluruh semenanjung Indochina dan kepulauan Nusantara sebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional.

Di Malaysia, jumpaan terawal bentuk awal gong adalah gendang Dong Son yang dijumpai di Batu Buruk, Terengganu pada 1974. Ia dihasilkan sejak 600 BC atau lebih awal sehingga abad ke-3 dan merupakan salah satu contoh hasil kerja logam budaya itu yang terbaik. Ini merupakan hasil pendedahan dari perdagangan rempah antara India dan Cina yang berlaku sejak zaman Yunani lagi dan juga hasil kerajaan Melayu tua seperti Champa, dan banyak nama tempat di Kelantan, dan Terengganu menggunakan nama Gong.

Alat ini terjamin berkualiti tinggi kerana cara penbuatannya adalah sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi. Alat ini diimport dari Indonesia, terutama dari Jawa. Gong tempatan mempunyai ‘shallow rims’ dan ‘small boss’. Melodi yang dihasilkan adalah untuk memberi isyarat pada permulaan dan penamatan sesuatu lagu.

Semasa pemerintahan kerajaan-kerajaan Nusantara dahulu, gong kecil atau canang akan dikandar oleh pesuruh raja yang akan berkeliling kampong-kampong bagi menyebarkan berita. Gong akan dicanang bagi mengumpulkan penduduk kampung dan titah raja akan dibacakan oleh pesuruh raja.

Di kalangan masyarakat Dayak Sarawak terutama orang Iban, gong yang besar dikenali sebagai “tawak”. Gong yang lebih kecil dan nipis dikenali sebagai “bebendai” dan yang paling kecil ialah “engkerumong”. Gong bukan sekadar alat muzik tradisional bagi masyarakat Dayak, tetapi mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Gong banyak digunakan dalam upacara-upacara masyarakat Dayak terutamanya semasa Perayaan Hari Gawai, Majlis Perkahwinan dan juga semasa kecemasan. Tarian ngajat misalnya menggunakan gong sebagai alat muzik utama. Pada zaman dahulu gong merupakan harta yang sangat berharga bagi masyarakat Iban di Sarawak.

Di kalangan masyarakat sabah alat muzik tradisi digunakan lebih 30 etnik di Sabah. Tiga jenis gong yang biasanya digunakan oleh masyarakat Dusun Labuk dinamakan Tulakan, Tunggal dan Babandil yang mempunyai rentak berbeza.

Dusun Labuk adalah antara sub etnik bagi suku kaum Kadazandusun yang boleh ditemui di beberapa daerah seperti Telupid, Paitan dan Beluran.

Gong di pukul mengikut rentak lagu yang di mainkan. Adakalanya gong di mainkan mengikut rentak muzik sesuatu tempat, contohnya paluan gong daerah papar dan daerah penampang berbeza. Apabila gong di mainkan ,bilangan paluan berbeza beza mengikut keperluan masyarakat setempat. Contoh gong kena ada dua atau tiga buah bersama bagi menyeragamkan irama nya.

Dari segi tradisi muzik, Dusun Labuk amat popular dengan Titik Tungkil dan Titik Mababa iaitu rentak muzik dihasilkan menerusi paluan muzik tradisional kulintangan dan gong yang mengiringi tarian ‘magalai’.

Misalnya, bunyi gong bagi suku kaum Rungus tidak sama dengan Kadazan. Oleh itu, orang yang menghasilkannya harus memiliki daya pendengaran tajam dan boleh membezakan antara bunyi gong. masyarakat Rungus memiliki tujuh jenis gong dengan setiap satu mengeluarkan bunyi berbeza.

Bagi Dusun Labuk juga, Titik Tungkil dan Titik Mababa kurang lengkap jika dimainkan hanya menggunakan paluan kulintangan tanpa disertai paluan tiga jenis gong berbanding di daerah lain seperti Tambunan, Papar dan Penampang yang hanya memalu kulintangan tanpa gong dan sebaliknya, gong tanpa kulintangan.

Uniknya dalam tradisi Dusun Labuk, jumlah anak kulintangan digunakan adalah sembilan jenis yang mempunyai pelbagai bunyi berbeza, berbanding cuma antara enam hingga tujuh anak kulintangan dimainkan dalam suku lain.

Dalam ketiga-tiga gong pula, Babandil yang biasanya bersaiz lebih kecil dan nipis berbanding gong lain, memainkan peranan penting dan perlu ada kerana bunyinya lebih nyaring memudahkan pemain gong lain mengikut rentak.

Peralatan muzik ini bukan saja dimainkan dalam upacara perkahwinan atau menyambut tetamu, malah digunakan pada hari keramaian selain festival terutama Pesta Kaamatan yang diraikan pada setiap Mei di Sabah.

Masyarakat bajau pun menggunakan untuk hari pekahwinan bagi memeriahkan majlis perkahwinan tersebut. jika masyarakat bajau di pantai timur gong selalu di gunakan dalam pesta kapal layar lepa lepa yang dimasukkan dalam kalender pelancangon yang wajib pergi oleh pelancong

Gong yang lebih popular mempunyai dinding yang tebal,bibir uyang dalam seta tombol yang besar,di tempah dari negara filipina ,indonesia dan Brunei

Jadi, tidak hairanlah pembuatan gong sangat penting dalam kehidupan masyarakat di Negeri di Bawah Bayu.

Pembuatan Gong

Jika korang nak tahu antara destinasi terkenal dengan pembuatan gong di Sabah ialah Kampung Sumangkap di Matunggong, Kudat, iaitu sebuah daerah di utara Sabah yang terkenal dengan Tip Of Borneo di Tanjung Simpang Mengayau.

Ada sorang pakcik ni memang berpengalaman dalam menghasilkan gong yang berkualiti.ianya bukan kerja yang senang dan  ia memerlukan si pembuatnya benar-benar mahir dan memiliki daya pendengaran yang mampu mencari ketepatan bunyi bagi memastikan ‘kod’ dihasilkan tidak lari daripada bunyi asal alat muzik berkenaan.

Gong menghasilkan dua jenis bunyi yang berbeza. Gong dengan permukaan rata yang rata bergetar dalam pelbagai mod, memberikan “kemalangan” dan bukannya nota yang ditala. Kategori gong ini kadang-kadang dipanggil tam-tam untuk membezakannya daripada gong bos yang memberikan nota yang ditala. Dalam ensembel gamelan Indonesia, sesetengah gong bos yang sengaja dibuat untuk menghasilkan selain nota beat dalam julat dari sekitar 1 hingga 5 Hz. Penggunaan istilah “gong” untuk kedua-dua jenis instrumen ini adalah perkara biasa

Tambahan lagi,gong yang di perbuat darida tembaga agak mahal dm sekitar m250 ker rm300 dan ada yang mencecah rm5000 bergantung pada besi yang digunakan. Jadi baru baru ni di sumangkap ada membuat gong daripada besi bergalvani dan kepingan zink dengan kos yang murah sekitar harga rm50 ker rm 100. Gong ni boleh dijadikan sebagai ole-ole untuk kenangan anda semua semasa berjalan-jalan di sabah.

Tanpa kemahiran ini, bunyi gong yang dihasilkan akan menjadi sumbang dan tidak berkualiti sekali gus mencacatkan keseluruhan persembahan menggunakan alat muzik tradisi itu.

Menurut pakcik ni yang tinggal di Kampung Sumangkap, ketepatan bunyi perlu dilakukan dengan teliti menggunakan dua jenis bahan berbeza iaitu plat zink dan tembaga.

Kita orang pun sempat bersembang dengan pakcik ni bagaimana membuat gong . pakcik ni kata dia belajar daripada bapa nya dan dan hanya menengok hasil kerja pembuatan gong,setelah memiliki kemahiran asas, saya belajar sendiri membentuk dan mencorakkannya.

Nak tahu untuk buat gong kena ada minat,dan kena menghargai adat dan budaya zaman silam. Tambahan lagi,apa sahaja berdasarkan minat  sebuah gong berkualiti akan terhasil sebab nak buat gong ini memerlukan ketelitian, malah kemahiran dan kesungguhan,”

untuk menghasilkan gong, bahan asas seperti plat zink atau tembaga akan dipotong mengikut saiz yang dikehendaki, sebelum dicantumkan bingkai gong.

Selepas dicantumkan, gong diketuk di bahagian tengah atau pusat gong, manakala bahagian sekelilingnya diketuk menggunakan tukul bagi meratakannya.

Bunyi dan jenis gong sabah

Gongs terdiri daripada tiga jenis:

Gong yang selalu digunakan di majlis adalah lebih kurang rata, cakera bulat logam digantung secara menegak dengan cara tali yang melalui lubang berhampiran rim atas. Gong bossed atau puting mempunyai bos pusat yang dibangkitkan dan sering digantung dan dimainkan secara mendatar. Gong mangkuk adalah mangkuk berbentuk dan berehat di kusyen. Mereka mungkin dianggap sebagai ahli kategori loceng. Gongs dibuat terutamanya dari gangsa atau tembaga tetapi terdapat banyak aloi lain yang digunakan.

Bagi suku kaum bajau, hampir sama dengan etnik kaum kadazandusun dalam meraikan gong dalam majils keramaian dan majlis perkahwinan . ianya menjadi satu kemestian untuk memainkan gong beserta alat muzik lain bagi mewujudkan suasana majlis keramaian mahupun majlis perkahwinan.

Dalam tradisi muzik Dusun Labuk, kulintangan boleh dikatakan sebagai ketua dan ia terlebih dulu dipalu sebelum gong dimainkan.

Harga gong di sabah

Gong tembaga lebih mahal disebabkan harga plat logam mencecah lebih RM2,000 sekeping berbanding kepingan zink RM200. jika di tempah khas ada yang mencecah rm5000.

Kampung Sumangkap di Matunggong, Kudat, dijadikan pusat pembuatan gong yang dibuka kepada pelancong.

Pesta gong diadakan setiap Oktober di Matunggong sejajar kedudukannya sebagai pengeluar utama gong di Sabah.

Sebiji gong bersaiz besar dijual dengan harga serendah RM300 atau RM1,500 bagi satu set lengkap ‘orkestra gong’ merangkumi empat hingga enam gong terdiri daripada canang, tetawak, gong sederhana dan gong besar serta tujuh hingga sembilan gong bersaiz kecil dipanggil kulintangan.

Kualiti bunyi gong daripada zink dan tembaga menghasilkan bunyi berbeza. Gong tembaga lebih bagus bunyinya kerana lebih kuat dan kenyaringannya tidak berubah. Sebab itu harga gong tembaga lebih mahal.

Fungsi gong

Alat muzik tradisional gong biasa nya di mainkan jika ada majlis keramaian seperti majlis perkahwinan. Alat muzik gong ini kebiasaanya dim mainkan bersama alat muzik tradisional kulintangan. Tentang kulintangan saya akaan ceritakan di entri akan datang.

Menariknya ,gong juga di jadikan kemestian untuk mengadakan perasmian majlis majlis program  rasmi kerjaaan mahupun swasta.

Selain itu ianya di jadikan hantaran berian,upcara kepercayaan anismatik dan perayaan pesta pesta menuai.

Asnan Hamdin

Seorang yang suka menulis berkaitan Sabah dan original Sabahan, tentunya. Di blog ini, penulisan beliau fokus pada tempat menarik di Sabah agar dapat memperkenalkan Sabah kepada non-Sabahan. Boleh hubungi di asnan86@gmail.com

Recent Posts