Air Terjun Kiansom, Inanam – Tempat Mandi Manda di Kota Kinabalu


Jika anda ingin mandi manda berdekatan bandar kota kinabalu, Air Terjun Kionsom adalah jawapan yang paling terbaik. Saya memanggilnya sebagai “Taman Air Terjun” kerana ia mempunyai 7 (Tujuh) tingkat Air Terjun .Air terjun ini merupakan antara air terjun yang paling dekat dengan bandar Kota Kinabalu iaitu kira-kira 25 km atau 30 minit perjalanan dari pusat bandar Kota Kinabalu dan kira-kira 15 minit perjalanan dari pekan Inanam.

Air Terjun Kionsom sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan dan ada kalanya air terjun ini dipenuhi pengunjung ketika cuti umum atau cuti hujung minggu kerana kedudukannya yang dekat dengan Kota Kinabalu dan Pekan Inanam memudahkannya untuk dikunjungi.

Sejarah

Bagaimana untuk ke sana?

Apabila anda sampai ke bulatan besar bandar inanam, hanyapergi ke persimpangan di mana anda akan melalui Sekolah Yick Nam SJK (C),dan ikuti jalan utama. Anda akan melihat rumah kampung dan Mari-Mari Cultural Village di sepanjang perjalanan. Selepas 10 minit ,anda akan melihat Pusat Air Terjun Kiansom di hujung jalan.

Sebaik sahaja anda daftar di Kaunter tiket dan melalui pintu masuk Kiansom ,anda akan merasakan udara yang segar yang penuh nyaman dan segar. Keseluruhan Taman Kiansom diliputi kaki bukit yang tertutup dengan hutan hutan yang subur dan bersebelahan dengan sungai kiansom.

Yuran masuk: dewasa hanya RM 1.50, RM 0.50 untuk kanak kanak.

Waktu pembukaan adalah:
Isnin hingga jumaat : 6am-5pm
Sabtu hingga Ahad : 6am-6pm

Perhatian : terdapat banyak nyamuk di kiansom. Bawalah bahan pencegah anti nyamuk supaya and dapat dilindungi daripada di gigit nyamuk.

Tingkat Ke-3 Air Terjun

Anda akan dapat melihat tingkat 3 air terjun kiansom dalam masa kurang daripada 10 minit. Untuk maklumat anda,tiada penyelamat di kiansom, jadi anda berenang dengan risiko anda sendiri. Jika anda tengok di sebelah kanan pintu masuk adalah jalan masuk simen yang membawa anda ke tingkat 3 air terjun Kiansom,iaitu 90% pengunjung berkumpul untuk berkelah dan berenang. Kolam yang kecil dekat air terjun adalah tingkat pertama. Air tidak terlalu mendalam, jadi kebanyakan ibu bapa membawa anak anak mereka berenang di sini.

Jika anda pergi sedikit lagi ke hulu ,itu adalah air terjun tingkat ke 2,dan ia tidak terlalu besar. Air ini sangat dalam sesuai untuk orang dewasa dan .Selain itu, ramai anak muda remaja yang ingin kan cabaran suka melompat ke dalam kolam ini dari atas.

Air terjun tingkat tiga kiansom pula, hanya di hujung laluan yang berturap simen,anda cuma berjalan hanya beberapa meter di permukaan batu dan anda akan jumpa air terjun tingkat yang ketiga. Bagi saya air terjun ini kellihatan seprti aliran air yang mengalir di lereng sahaja. Jadi tempat tidak sesuai untuk mandi manda.
Tempat ini sesak dengan dengan kehadiran pengunjung pada waktu tengahari dan waktu petang terutamanya pada hujung minggu dan bercuti ,kerana kebanyakan pelawat adalah pelajar dan keluarga. Jika anda mahu tempat yang tenang dengan air terjunlebih besar,anda boleh memasuki hutan.

Trek hutan ke air terjun yang lebih besar

tidak jauh dari pintu masuk taman,terdapat jejak berbukit sebelah kiri yang membawa anda ke hulu untuk air terjun yang lebih besar. Laluan ini tidak begitu menarik dan laluannya adalah jalan yang curam dan mendaki. Berhati hati apabila anda berjalan di batu kernan batu nya sangat licin. Perjalanan trek hutan ini sangat jelas tetapi tiada papan tanda sama sekali. Lintah hutan boleh hadir pada musim hujan,tetapi ia lintah coklat kecil dan bilangan nya adalah sangat kecil.

Air Terjun Kionsom mempunyai 7 tingkat namun pada kebiasaannya hanya tingkat 1 dan 2 sahaja yang biasa dikunjungi kerana mudah untuk di akses manakala tingkat 3 dan 4 sukar untuk diakses kerana bentuk permukaan batunya yang bercerun dan licin.

Terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan berhampiran dengan kawasan air terjun ini, antara adalah seperti tandas, bilik persalinan, gerai makan dan lain-lain lagi.

Lokasi : Ulu Kionsom Waterfall Jalan Kionsom, Kota Kinabalu, Sabah atau anda tekan link google map yang di sediakan iaitu https://goo.gl/maps/NR4ugyzj8D195qjW8

Bagaimana ke sini : Untuk ke sini pengunjung boleh menaiki bas atau grab/teksi dari pusat bandar Kota Kinabalu atau pengunjung juga boleh mencari kenderaan sewa untuk memudahkan perjalanan.

Tiket ke sini : Kadar bayaran masuk ke kawasan air terjun ini adalah,
Dewasa : RM 1.00
Kanak-kanak : RM 0.50

Asnan Hamdin

Seorang yang suka menulis berkaitan Sabah dan original Sabahan, tentunya. Di blog ini, penulisan beliau fokus pada tempat menarik di Sabah agar dapat memperkenalkan Sabah kepada non-Sabahan. Boleh hubungi di asnan86@gmail.com

Recent Posts